Dua perkataan yang berkait dan memberi maksud yang mendalam pada sesiapa yang memahaminya .. AKU ,, seseorang yang tidak memilih sesiapa pun untuk berkawan ,, asalkan orang tersebut tahu menjaga 'adat' dalam berkawan .. bagi aku ,, kawan adalah seseorang yang selalu ade dengan kita ,, dan bagaimana pula dengan sahabat ? sahabat adalah walaupun dipisah dengan jarak ,, tapi selalu dekat di hati .. ya .. itulah sahabat ,, yang datangnya tidak dinanti ,, tetapi perginya ditangisi ..
Sahabat amat penting bagi aku ,, nilai seorang sahabat amat tinggi di mata aku .. aku memerlukan sahabat yang setia ,, walaupun die tidak memahami aku ,, kerana kesetian lebih penting dari kefahamannya .. jika die setia ,, aku yakin aku mampu untuk membuat die memahami keadaan aku .. dan bagaimana pula dengan kawan ? kawan .. dengan pengalaman yang ade ,, aku sedar kawan dan sahabat adalah berbeza .. kawan hanya muncul untuk berkongsi kebahagian ,, dan apabila kesedihan menghampiri ,, apa yang mereka mampu katakan hanyalah ‘sabar’ .. tetapi berlainan pula dengan sahabat ,, sahabat akan setia di sisi dan cube memahami ape yang kita rasakan dan turut bersama dengan kita walau apa jua keadaan sekalipon .. itulah yang aku katakan ,, kesetiaan sahabat tiada tolok bandingnya jika hendak di disamakan dengan kawan ,, terlalu banyak jurang perbezaannya ..
![]() |
Sekadar hiasan |
Dan ,, bagaimana pula dengan sahabat karib ?? sahabat karib ,, mereka bukan sahaja setia dan memahami apa yang kita lalui ,, malah turut sama mengharunginya bersama kita .. mereka tidak akan membiarkan sahabat karib mereka bersendirian diwaktu mereka dalam kesusahan ,, tetapi turut membantu sedaya upaya mereka walaupun mereka tahu mereka sebenarnya tidaklah semampu mana ,, tetapi mereka tetap akan lakukan yang terbaik untuk kita .. kenapa ?? kerana mereka tahu ,, nilai seorang sahabat itu lebih penting dari ape yang mereka ada ..
Nilai sahabat .. apa yang anda faham tentang sahabat ? adakah anda mempunyai sahabat ? berapa ramaikah sahabat anda ? anda tidak perlu menjawab persoalan ini kerana setiap orang ada jawapannya yang tersendiri .. Cuma .. adakah anda cukup kenal dengan sahabat anda ? sudah berapa lamakah anda mengenalinya ? juga aku tidak memerlukan jawapan untuk persoalan ni .. bagi aku ,, untuk menjadi seorang sahabat atau sahabat karib ,, banyak pengorbanan yang perlu dilakukan .. kita perlu merendahkan diri untuk bersama dengan mereka .. persahabatan tidak melihat darjat dan umur ,, tetapi ia melihat pada hati yang tulus suci menyayangi sahabatnya ..
Sekarang ,, aku yakin korang dapat tafsirkan sendiri siape korang di mata aku .. niat aku menulis kata2 ini buka untuk menyinggung perasaan sesiapa ,, tetapi untuk membuat korang sedar yang korang takkan mampu memahami kawan korang tanpa setia bersamanya .. seperti yang telah aku lalui ,, kini aku telah ‘nampak’ siapa yang patut berada di sisi aku sewaktu aku meraih kemenangan dan berada dalam kegembiraan kelak .. dan ,, hanya mereka yang layak untuk berkongsinya dengan aku ..
No comments:
Post a Comment